Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 25 Jun 2018
Versi 8.0.4b
 
Latar Belakang
Daerah Simunjan adalah salah sebuah Daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching dengan menggunakan jalan darat dan 103 km melalui jalan air (sungai). Sebuyau dan Gedong adalah di bawah Pentadbiran Daerah Simunjan
Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit bukau. Namun demikian, ianya juga mempunyai kawasan paya di pedalaman dan tanah rendah di persisiran pantai dan tebingan Sungai Batang Sadong. Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama di Daerah Simunjan.
Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit bukau. Namun demikian, ianya juga mempunyai kawasan paya di pedalaman dan tanah rendah di persisiran pantai dan tebingan Sungai Batang Sadong. Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama di Daerah Simunjan.
Picture
Picture Pembangunan yang dilimpahkan ke daerah Simunjan memang tidak dapat dinafikan sejak berada dalam Malaysia 45 tahun yang lalu. Pelbagai Infrastruktur dan kemudahan asas telah dinikmati oleh penduduk Simunjan. Perkhidmatan Feri di Sungai Buloh menyeberangi Kpg. Seruyuk telah memberi segala kemudahan kepada penduduk di kawasan Simunjan, Sebangan dan Sebuyau mendekatkan lagi perjalanan ke Bandaraya Kuching
Selain dari itu, kemudahan seperti Hospital Daerah, turut diberi keutamaan bagi menjamin kesihatan penduduk. Disamping itu kemudahan rekreasi dan persekolahan tidak diabaikan sepertimana yang ada pada hari ini. Untuk melihat perkembangan di daerah Simunjan anda adalah dialu-alu untuk berkunjung ke Pekan Simunjan.
Picture
Kemudahan Kesihatan dan Kemudahan Awam
Picture
Perkhidmatan Feri Sungai Buluh
Picture
Sekolah, Perpustakaan Awam dan Pusat Rekreasi

Pekan-pekan penting di bawah Pentadbiran Simunjan ialah Simunjan, Gedong, Sebangan dan Sebuyau. Jumlah penduduk Daerah Simunjan ialah 37,561.00 orang (Sumber: Perangkaan 2000). yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Secara keseluruhannya, pekerjaan utama penduduknya ialah petani dan nelayan.

Usaha untuk membangunkan ekonomi Daerah Simunjan sedang giat dirancang dan dilaksanakan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan semasa. Kemudahan-kemudahan asas kini diberi perhatian khusus agar segala aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan jayanya sejajar dengan pakej ransangan.