Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 25 Sept 2018
Versi 8.1.1a
 
Sisipan Peristiwa dan Sejarah yang Berlaku di Bahagian Samarahan
Tarikh Peristiwa
Mac 1962 Bekalan Air di Daerah Serian mula beroperasi untuk kegunaan penduduk.
Jun 1962 Jalan Serian/Simanggang mula dibuka untuk kegunaan dan laluan kenderaan.
13.1.1966 Bangunan Pejabat Daerah Simunjan ranap dalam satu kebakaran.
1.8.1971 Pembukaan rasmi Bangunan Kompleks Perdagangan Lina Serian yang berharga $50,000.
28.8.1971 Perasmian Bangunan Pejabat Daerah Serian yang bernilai $123,000.
29.6.1972 Perasmian Kompleks Boys Home Jalan Muara Tuang yang berharga $601,000.
20.7.1974        
Perasmian Pusat Kesihatan dan Pejabat Daerah Kecil Pendam oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Yaakup, Ketua Menteri Sarawak.
30.7.1974 Perasmian Jalan Gedong di Daerah Simunjan yang berharga $1.6 juta.
14.4.1977 TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Haji Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin merasmikan pembukaan rasmi Hospital Daerah Serian yang  bernilai $3.5 juta.
27.2.1981 Perasmian Stesen Janakuasa SESCO Sebuyau bernilai $363,530 ribu.
19.4.1962 YB Datuk Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merasmikan Sekolah Latihan Kejururawatan di Serian bernilai $4.4 juta.
24.7.1986 Daerah Samarahan diistiharkan sebagai Bahagian baru di Negeri Sarawak yang dinamakan Bahagian Samarahan.
29.7.1986 Perasmian Jalan Simunjan - Bukit Punda di Daerah Simunjan.
21.9.1990 Perasmian Bangunan Majlis Daerah Samarahan yang bernilai $2.4 juta.
15.10.1990 Pembukaan rasmi Jalan Samarahan-Sadong Jaya sepanjang 36 kilometer.
25.2.1991 Perasmian Kompleks Imigresen Tebedu dan Jalan yang menghubungkan Tebedu/Entikong, Kalimantan Barat Indonesia.
23.8.1991 YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak melakukan Upacara Perletakan Batu Asas Pejabat Daerah Asajaya/Sadong Jaya dan Dewan Masyarakat.
28.8.1992 YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, merasmikan Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
7.8.1993 Perletakan Batu Asas Bandar Baru Tebedu yang dinamakan Bandar Mutiara oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
10.8.1996 Perasmian Kilang Kelapa Sawit di Serian yang berharga RM20 juta.
15.2.1972 Perasmian Bandar Baru Asajaya oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
26.3.1997 Perasmian Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Kota Samarahan.
20.6.1998 Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jalan Sadong Jaya-Sungai Buloh yang berharga RM21 juta.
20.6.1998 Majlis Perasmian Bangunan Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
20.7.1999 Perasmian Outer Ring Road di Kota Samarahan yang bernilai RM120 juta.
23.7.1999 Perasmian Jalan Kampung Tungkah Melayu di Daerah Simunjan berharga  RM170,000 ribu.
9.10.2000 Perasmian Pameran "Jejak Pejuang" Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce di Dewan Suarah, Kota Samarahan.
11.5.2001 Upacara Pecah Tanah SK Mata Parang di Kota Samarahan bernilai RM25 juta.
22.6.2001 Perasmian Masjid Jamek, Kampung Balai Ringin di Daerah Serian yang berharga RM146 ribu.
13.8.2001 Perasmian SJK Chung Hua Asajaya dan Upacara Pecah Tanah Pusat Serbaguna di Asajaya.
24.8.2001 Perasmian Masjid Al-Mutaqqin, Masjid Bahagian Samarahan yang bernilai RM18 juta.
10.9.2001 Perasmian Ladang Kelapa Sawit, Ladang Gemilang di Gedong, Simunjan.
14.9.2001 Upacara Pecah Tanah Pembinaan Masjid Ashobirin, Kampung Empila, Kota Samarahan.
28.1.2002 Tragedi Tanah Runtuh di Kampung Ruan Changkol, Simunjan yang mengorbankan 16 orang termasuk 2 orang dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 23 hari.
11.4.2002 Perasmian Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
13.5.2002 Pelancaran bagi Pembinaan Kampus baru UNIMAS, Kota Samarahan.
26.7.2003 Perasmian Dewan Masyarakat, Kampung Plaie, Kota Samarahan.
22.8.2003 Perasmian Masjid Darul Ibadah, Kampung Pengkalan Kuap, Kota Samarahan yang bernilai RM700 ribu.
26.9.2003 Perasmian Masjid Darul Ikhlas, Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan.
16.3.2004 Perasmian SK Haji Kelali, Kampung Semera, Asajaya.
21.4.2004 Perasmian Kompleks STIDC di Kota Samarahan.
23.7.2004 Perasmian Masjid Darul Naim, Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan.
10.3.2005 Pelancaran Program "Kenduri Adat dan Gotong Royong" di Kampung Jaie, Sadong Jaya.
3.5.2005 Perasmian Balai Polis, Tebedu.
25.2.2006 Perasmian Kompleks Sukan Asajaya.
5.5.2006 Upacara Pecah Tanah Projek Pembinaan Kompleks Markas 1 Div.Jalan Datuk Mohd. Musa, Kota Samarahan.
10.6.2008 Perasmian Jambatan Sebuyau oleh YAB Datuk Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
8.10.2008 Perasmian Resort Kelab Golf Sarawak di UNIMAS, Kota Samarahan.
18.6.2009 YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia melawat Kampung Pichin, Serian.
22.2.2010 YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia melawat Daerah Simunjan.
19.3.2011
YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak melancarkan Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Samarahan di Serian.
14.4.2011
YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia melakukan Upacara Pecah Tanah Kerja Pembinaan Jalan Terbat-Mapu di Serian.