Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 25 Sept 2018
Versi 8.1.1a
 
Profil Bahagian Samarahan



Latar Belakang Daerah Samarahan

Kota Samarahan adalah merupakan pusat bandar bagi daerah Samarahan. Daerah Samarahan mula dikenali dengan nama Muara Tuang yang merupakan sebuah daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Kuching sebelum Samarahan dinaikkan taraf sebagai daerah penuh pada 1983. Perhubungan utama penduduk di kawasan Muara Tuang ketika itu ialah dengan menggunakan laluan sungai Batang Samarahan.

Pada ketika itu Daerah Kecil Muara Tuang ditadbir oleh seorang Native Officer yang pertama dikenali dengan nama Abang Adenan berkhidmat disini dan yang beroperasi di bangunan yang dikenali sebagi kubu sebagai pejabat untuk mentadbirkan daerah kecil ini yang letaknya di kawasan perkampungan Muara Tuang dan bangunan tersebut masih kekal sehingga ke hari ini.

 

 

Masjid Al-Muttaqin, Bahagian Samarahan

Setelah dinaikkan taraf sebagi daerah penuh pada tahun 1983 ia telah ditukarkan nama dari Daerah Kecil Muara Tuang dengan nama yang baru iaitu Daerah Samarahan yang merangkumi Daerah Kecil Asajaya, dan pekan Samarahan diberi nama Kota Samarahan. Sejak itulah Samarahan mula mengorak langkah kearah kemajuan pembangunan dengan terbinanya pelbagai kemudahan seperti jalanraya dengan kemasukan segala kemudahan awam seperti Bekalan Letrik, bekalan Air, Klinik Kesihatan dan telefon awam serta berdirinya bangunan-bangunan kerajaan bagi menepatkan pelbagai agensi kerajaan di daerah ini.

 

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

 

Sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi mentadbirkan daerah ini Pejabat Daerah Samarahan yang diketuai oleh Pegawai Daerah mempunyai bangunan pejabatnya yang tersendiri untuk beroperasi dan bangunan ini juga menempatkan banyak lagi agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, KEMAS dan Jabatan Penerangan Daerah. Sebelum itu bangunan ini juga menempatkan agensi seperti Balai Polis Daerah dan Mahkamah Syariee yang kini sudah pun mempunyai ke bangunan mereka sendiri.

Dengan keluasan seluas 407.08 kilometer persegi, Samarahan kini mempunyai anggaran penduduk sebanyak 56,300 mengikut anggaran berasaskan Banci Penduduk 2000. Selain dari itu terdapat dua Institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebuah Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR). Ia juga menjadi lokasi bagi Insitut Latihan Perindustrian (ILP) dan sebuah Pusat Perubatan Antarabangsa (Sarawak International Medical Centre) (SIMC).

Kini Samarahan sudah ternyata pesat membangun dan perbezaan dari tahun ke setahun amatlah ketara dengan pertambahan penduduk yang mendadak disebabkan pertumbuhan kawasan perumahan yang bagaikan cendawan tumbuh setelah hujan di sekitar kawasan daerah ini. Untuk melihat dengan dekat perkembangan pembangunan di daerah ini, kami amat mengalu-alukan kunjungan anda.Selamat berkunjung ke Daerah Samarahan.

Picture


  Picture