Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Kemaskini Pada: 20 Okt 2017
Versi 8.0.3
Terma dan SyaratTerma dan Syarat

Yang berikut ialah terma dan syarat yang mengawal penggunaan Laman Web Rasmi Unit ICT. Anda perlu menyatakan hak dan kewajipan anda ketika mencapai dan/atau menggunakan maklumat dan perkhidmatan dalam laman ini.


Jika anda mencapai laman web ini, anda mengaku dan bersetuju bahawa anda terikat dengan terma dan syarat ini, maka ini menjadi perjanjian antara anda sebagai pelanggan dengan kami, Unit ICT, untuk mencapai dan/atau menggunakan portal ini.

Terma dan syarat ini mengatasi mana-mana terma dan syarat yang terdahulu yang mungkin telah anda terima atau capai sehingga tarikh ini melalui laman web ini. Penggunaan yang berterusan anda terhadap perkhidmatan ini akan dianggap sebagai persetujuan anda dengan terma dan syarat semasa ini.

Batas Tanggungjawab 

Bahawasanya anda memahami dan bersetuju bahawa Unit ICT tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa musibah kepada anda secara langsung, secara tidak langsung, secara kebetulan, secara khas, sebagai akibat atau sebagai teladan termasuk tetapi tidak terbatas kepada, musibah kerana kehilangan keuntungan, muhibah atau kerugian-kerugian lain yang tidak ketara yang terbit daripada:

(1) penggunaan atau tidak dapat menggunakan laman web ini;
(2) kos pemerolehan barang dan perkhidmatan sebagai ganti akibat daripada mana-mana barang, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau yang diperoleh atau mesj yang diterima atau transaksi yang dibuat melalui atau daripada laman web ini;
(3) capaian yang tidak sah atau pengubahsuaian penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan-kenyataan atau kelakuan pihak ketiga dalam laman web ini; atau
(5) apa-apa perkara lain berkaitan laman web ini.

Hubungan 

Unit ICT boleh menyediakan hubungan dengan laman-laman web yang lain. Laman-laman web yang dihubungkan seumpama itu dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh yang demikian, Unit ICT tidak mempunyai kawalan terhadap laman-laman dan sumber itu. Anda mengaku dan bersetuju bahawa Unit ICT tidak bertanggungjawab terhadap adanya laman-laman luar yang seumpama itu atau sumber, dan tidak mengesahkan serta tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kandungan, iklan, produk, atau bahan-bahan lain yang terdapat dalam atau daripada laman-laman atau sumber yang seumpama itu. Selanjutnya anda mengaku dan bersetuju bahawa Unit ICT tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau yang dituduh menyebabkan oleh atau yang berkait dengan penggunaan atau bergantung kepada mana-mana kandungan, barang atau perkhidmatan yang terdapat dalam atau melalui mana-mana laman atau sumber yang seumpama itu.

Penamatan 

Unit ICT boleh menamatkan capaian anda kepada mana-mana bahagian atau semua perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, dengan atau tanpa notis, berkuat kuasa serta-merta. Unit ICT boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda kerana tidak aktif, yang ditakrifkan sebagai gagal untuk tandatangan masuk kepada perkhidmatan bagi tempoh masa yang dipanjangkan. Anda bersetuju bahawa Unit ICT tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga kerana penamatan capaian anda kepada perkhidmatan ini.

Pengubahsuaian Terhadap Terma Perkhidmatan 

Unit ICT berhak, pada setiap masa, mengubah suai, memotong atau menambah terma dan syarat ini dengan memberi anda notis terdahulu. Walau bagaimanapun, dalam kes kecemasan atau untuk melindungi keselamatan portal atau dalam keadaan lain di luar kawalan kami, apabila Unit ICT mendapati perlu untuk mengubah suai, memotong atau menambah terma dan syarat ini, Kerajaan oleh berbuat demikian tanpa memberikan notis kepada anda. Disetujui bahawa jika anda ingin mendapatkan maklumat yang kemas kini terhadap apa-apa variasi, pengubahsuaian, pemotongan atau penambahan kepada terma dan syarat ini, anda boleh mencapai dan meninjau terma dan syarat ini dari masa ke masa secara kerap. Selanjutnya anda bersetuju dan menerima bahawa capaian berterusan anda dan penggunaan terhadap terma dan syarat ini (seperti yang diubah suai dari masa ke masa) akan bererti anda menerima apa-apa variasi, pemotongan, pengubahsuaian atau penambahan kepada terma dan syarat ini.

Pengubahsuaian Perkhidmatan 

Unit ICT berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke masa untuk mengubah suai atau menamatkan, sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Unit ICT tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga jika berlaku pengubahsuaian, pergantungan atau penamatan perkhidmatan.

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama terma piawai. Jika berlaku apa-apa percanggahan antara terma dan syarat ini dengan terma piawai, terma dan syarat ini hanya digunakan untuk percanggahan itu. Tajuk-tajuk yang digunakan dalam terma dan syarat ini untuk rujukan dan keselesaan sahaja dan tidak akan diambil kira dalam menafsirkan atau merangka terma dan syarat ini.

Jika mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat ini didapati haram atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau masa depan atau peraturan yang berkuat kuasa dan digunakan , peruntukan itu boleh asing sepenuhnya. Terma dan syarat ini akan dianggap sebagai peruntukan yang haram atau tidak sah itu tidak mengandungi bahagian daripada terma dan syarat ini dan peruntukan selebihnya dalam terma dan syarat ini akan kekal dengan kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang haram atau tidak sah itu atau pemutusannya daripada Terma dan Syarat ini.

e-Penyertaan (e-Participation)

e-Penyertaan Kerajaan Negeri bermatlamat untuk mengumpul pendapat dan melibatkan rakyat dalam penentuan perkhidmatan dan polisi Kerajaan Negeri. Saluran untuk maklum balas disediakan melalui portal dan laman web agensi-agensi Kerajaan dan media sosial.  Semua maklum balas akan diterima dan diproses oleh agensi-agensi yang terlibat.

Kerajaan Negeri mempunyai hak (tetapi bukan kewajipan) untuk memadam, tidak membenarkan atau memindah kandungan khususnya mana-mana Kandungan yang melanggar mana-mana syarat dalam terma penggunaan portal dalam laman web Kerajaan Negeri termasuk tetapi tidak terhad kepada komen yang:

  • Memutarbalik perkataan dan tidak berkenaan
  • Menyalahguna kepercayaan
  • Menggalakkan diskriminasi
  • Menggalakkan aktiviti haram
  • Melanggar mana-mana undang-undang atau hak harta intelek
  • Menyebabkan ancaman kepada keselamatan
  • Melanggar privasi orang lain
  • Mengandungi bahasa yang tidak senonoh
  • Melanggar undang-undang, peraturan-peraturan dan polis-polisi