Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 Dis 2017
Versi 8.0.3
 
Pendaftaran Probet Pendaftaran Probet

PENGENALAN
Probet adalah satu proses pentadbiran harta pusaka seseorang yang meninggal dunia untuk ditadbir dan dipindah kepada waris atau pihak lain. Di Sarawak, pentadbiran estet ditadbir berdasarkan kepada Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka (Administration of Estates Ordinance) Bab 80 dan duti harta pusaka berdasarkan kepada Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance) Bab 29.

Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administration) diberi kepada seseorang untuk mentadbir harta pusaka si mati apabila si mati meninggal dunia tanpa wasiat.

Surat Probet diberi kepada pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia berwasiat. Pemohon surat probat hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.

Pegawai Probet adalah Pegawai Daerah Asajaya


UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Ordinan Pentadbiran Estet (Administration of Estate Ordinace), Bab 80
Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance), Bab 29


SIAPA YANG LAYAK MEMOHON (SYARAT)
Waris yang dewasa dan waras adalah berhak untuk memohon dan diberi Surat Kuasa Pentadbir mengikut keutaman di bawah Seksyen 8, Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka seperti berikut:
1.       Duda Si mati
2.       Anak Lelaki Si mati
3.       Bapa Si mati
4.       Adik-beradik Lelaki Si mati
5.       Balu Si mati
6.       Saudara-mara Lelaki Si mati yang terdekat
7.       Saudara-mara perempuan Si mati yang terdekat
8.       Pemiutang Si Mati.

Pemohon Surat Probet hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.


CARA PERMOHONAN (TATACARA)
*Suka dinasihatkan agar pemohon menghubungi Pejabat Daerah masing-masing memaklumkan niat untuk mendaftar permohonan Probet bagi memudahkan urusan berjalan lancar, cepat dan berkesan. Pemohon dikehendaki membawa dokumen rasmi antaranya seperti berikut:
   1.       Sijil Asal Kematian serta salinan
   2.       Surat Akuan Sumpah jika tiada Sijil Kematian
   3.       Semua dokumen asal harta peninggalan Si Mati dan salinan
   4.       Surat Wasiat asal beserta dengan Surat Sumpah saksi
   5.       Salinan kad Pengenalan ahli-ahli waris
   6.       Surat Persetujuan waris jika tidak dapat hadir (letter of consent)

*Suka diingatkan, Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat wajib untuk mengesahkan segala keterangan permohonan oleh ahli waris. Sehubungan itu Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat harus hadir semasa permohonan di buat atau pada masa berlainan (bila-bila masa, secepat mungkin) bagi membuat pengesahan terhadap maklumat permohon berkenaan.