Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 14 Nov 2018
Versi 8.1.2
 
Kenali KamiKenali Kami

 

LATAR BELAKANG PENTADBIRAN BAHAGIAN SAMARAHAN

Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan adalah merupakan sebuah mercu tanda pusat pentadbiran bahagian. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1987 setelah diisytiharkan sebagai sebuah bahagian yang baru di Negeri Sarawak pada 24 Julai 1986. Sebelum itu, Pejabat Residen Bahagian Samarahan memulakan operasinya di bangunan Pejabat Daerah Samarahan yang ada sekarang sebelum berpindah ke bangunannya sendiri pada awal tahun 1992. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 28 Ogos 1992.


Selain dari Pejabat Residen Samarahan, bangunan ini turut menempatkan beberapa agensi lain seperti Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Kebajikan Bahagian Samarahan. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan dan Pejabat Pos juga pernah beroperasi di bangunan ini sebelum mereka berpindah ke bangunan masing-masing.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan diketuai oleh Tuan Haji Brahim Bin Lumpu sebagai Residen Bahagian Samarahan yang kesembilan. Beliau mula berkhidmat pada 03 Januari 2017 setelah mengambil alih tugas daripada Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi.

Pegawai yang pertama dilantik sebagai Residen Bahagian Samarahan ialah Datuk Haji Bolhen Haji Nor yang berkhidmat mulai 01 September 1987 sehingga 24 September 1993. Residen yang Kedua ialah Pengiran Haji Zain Pengiran Haji Salleh yang telah berkhidmat bagi tempoh 25 September 1993 sehingga 30 Jun 1999. Sementara Datu Haji Sarudu bin Haji Hoklai ialah Residen yang Ketiga berkhidmat di Bahagian Samarahan bermula dari 01 Julai 1999 sehingga 31 Disember 2002. Setelah itu Datu Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini pula mengambil alih tugas tersebut sehingga Jun 2009 sebagai Residen yang Keempat dan Puan Rodziah Haji Morshidi adalah Residen yang Kelima yang telah memulakan tugas beliau mulai 02 Jun 2009 hingga 09 Januari 2012.Tuan Haji Ismail Haji Mohd. Hanis telah menyambung tugas sebagai Residen yang Keenam mulai 09 Januari 2012 hingga 01 Julai 2013 sebelum menyerahkan tugasnya kepada Tuan Haji Abang Shamshudin bin Abang Seruji pada 01 Julai 2013 sebagai Residen yang Ketujuh. Namun demikian, beliau hanya menyandang tugas tersebut selama seminggu sebelum menyerahkan semula tugas kepada penyandang yang baru iaitu Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi pada 07 Julai 2013 sebagai Residen Bahagian Samarahan yang Kelapan. Residen yang Kesembilan iaitu Tuan Haji Brahim bin Lumpu pula mula berkhidmat pada 03 Januari 2017 setelah mengambil alih tugas daripada Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi.





   

Datuk Haji Bolhen Hj. Nor
Residen Pertama (1987 - 1993)


Pgn. Haji. Zain Pgn. Hj. Salleh
Residen Kedua (1993 - 1999)

Datu Haji Sarudu Hj. Hoklai
Residen Ketiga (1999 - 2002)

Datu Dr. Haji Sulaiman Hj. Husaini
Residen Keempat (2002 - 2009)
Puan Rodziah Hj. Morshidi
Residen Kelima
(2009 - 2012)
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohd Hanis
Residen Keenam
(2012 - 2013)







Tuan Haji Abang Shamshudin Abang Seruji
Residen Ketujuh
(2013 - 2013)

Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi
Residen Kelapan
(2013-2017)

Haji Brahim bin Lumpu
Residen Kesembilan
(2017- KINI)





Residen adalah merupakan Ketua Pentadbiran Bahagian Samarahan dengan dibantu oleh seorang Timbalan Residen iaitu Encik Richard anak Michael Abunawas. Sementara di peringkat daerah ianya diketuai oleh Pegawai Daerah manakala di peringkat Daerah Kecil pula diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan mempunyai keanggotaan seramai 9 orang Pegawai Tadbir, 2 orang Penolong Pegawai Tadbir, 1 Setiausaha Pejabat, 2 orang Pembantu Tadbir (Kewangan), 7 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), 3 orang Pembantu Operasi, 2 orang Pemandu Kenderaan, 2 orang Jaga dan 3 orang Pembantu Awam.

Terdapat tiga buah daerah dalam bidangkuasa Pentadbiran Bahagian Samarahan, iaitu terdiri daripada Daerah Samarahan, Simunjan dan Asajaya yang ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dua buah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sebuyau dan Sadong Jaya di bawah tadbiran Penolong Pegawai Tadbir.












Abdul Khalid b. Manap
Pegawai Daerah Simunjan

Habari bin Bakar
Pegawai Daerah Asajaya

Mohd Ainnie Wahab
Pegawai Daerah Samarahan



Sumber: Pejabat Residen Samarahan.