Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Piagam Pelanggan Pentadbiran BahagianPiagam Pelanggan Pentadbiran Bahagian

Pentadbiran Bahagian Samarahan menjanjikan pelanggan-pelanggan perkhidmatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan kita seperti di bawah:

  • Permohonan Lesen Pungutan Awam yang telah lengkap diisi akan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

  • Pelanjutan tempoh Lesen Pungutan Awam akan dimaklumkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;

  • Permohonan Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam yang telah lengkap diisi akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
  • Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probet Wasiat diluluskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja;

  • Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang Patah (Shotgun) Melalui Probet yang lengkap diterima oleh Pejabat Daerah akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja;
  • Keputusan permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah (Shotgun) Melalui Probet yang lengkap dan diterima oleh Pejabat Residen akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja:
  • Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang Patah (Shotgun) akan disiapkan serta-merta;
  • Tempoh urusan bagi Nama-nama Perniagaan adalah seperti berikut:

         (i) Pendaftaran Nama-nama Perniagaan (baru) - akan disiapkan dalam tempoh  

             satu (1) hari bekerja;

         (ii) Pengeluaran Ekstrak Nama-nama Perniagaan - akan disiapkan dengan serta-

              merta;

         (iii) Pindah Butir-butir dan Pembatalan Nama-nama Perniagaan - akan disiapkan

               dalam satu (1) hari;

  • Permohonan Sijil Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
  • Projek-projek Kecil Luar Bandar (MRP) siap dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan kewangan dalam tahun semasa;
  • Pengurusan Acara diurus mengikut perancangan yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur;
  • Laporan Suku Tahun Prestasi Projek-projek Rancangan Malaysia dapat disiapkan dan dihantar kepada Jabatan Ketua Menteri (Unit Pelaksanaan dan Pemantuan Negeri) dalam setiap tiga (3) bulan sekali, yakni menggu kedua setiap bulan Januari, April, Julai dan Oktober;
  • Resit pembayaran akan dikeluarkan serta-merta bagi semua pungutan hasil dari orang awam.

 

*  Tempoh pemprosesan di atas tertakluk kepada borang permohonan adalah lengkap, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pegawai yang bertanggungjawab berada di pejabat.