Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Pendaftaran Nama PerniagaanPendaftaran Nama Perniagaan

UNDANG-UNDANG

Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Bab 64)
Akta Syarikat 1965
Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
Kanun Tanah Negeri Sarawak
Ordinan-Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan
Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat

BORANG RASMI

Borang Pendaftaran Ordinan Nama-Nama Perniagaan : R.20-Pind. 1/86

YURAN

RM50.00 (dibayar selepas lesen diluluskan)

MAKLUMAT AM

Pemohon mesti memastikan bahawa nama syarikat yang akan didaftar tidak dipunyai atau digunakan oleh syarikat-syarikat yang sudah didaftarkan.

Pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah yang berdekatan dengan percuma.

Jenis perniagaan yang boleh didaftarkan :

1. Perseorangan.
2. Perkongsian.

Lain-lain :-

1. Perniagaan adalah termasuk perdagangan atau pekerjaan   untuk  tujuan keuntungan. 
2. Tempat dan alamat perniagaan mestilah digunakan untuk   berniaga sahaja. 
 

Selalunya, pendaftaran nama-nama perniagaan mengambil masa 1-7 hari untuk diproses,dan SIJIL PENDAFTARAN : R.22-1/86 akan diserahkan kepada pemohon selepas mendapat kelulusan.

DOKUMEN-DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon. 
2. Cop Rasmi Syarikat (Company Official rubber stamp). 
3. Salinan Surat Perjanjian dengan pemilik premis jika tempat berniaga, disewa atau Surat Persetujuan daripada pemilik premis bersama dengan salinan fotokopi Geran Tanah (Land Title) atau Ekstrak Geran Tanah daripada Jabatan Tanah dan Survei. 
4. Salinan surat tanah atau surat jual beli, jika tempat berniaga kepunyaan sendiri. 
 

NOTA : Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersial atau Lot Perindustrian dan bukan lot pertanian atau lot kediaman.