Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 Dis 2017
Versi 8.0.3
 
Kenali KamiKenali Kami

 

LATAR BELAKANG PENTADBIRAN BAHAGIAN SAMARAHAN

Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan adalah merupakan sebuah mercu tanda pusat pentadbiran bahagian. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1987 setelah diistiharkan sebagai sebuah bahagian yang baru di Negeri Sarawak pada 24 Julai 1986. Sebelum itu Pejabat Residen Bahagian Samarahan memulakan operasinya di bangunan Pejabat Daerah Samarahan yang ada sekarang sebelum berpindah ke bangunannya sendiri pada awal tahun 1992. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 28 Ogos 1992.


Selain dari Pejabat Residen Samarahan ia juga turut menempat beberapa agensi yang lain seperti Pejabat Perbendaharan Negeri, Jabatan Kebajikan Bahagian Samarahan dan juga Pejabat Pos. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan juga pernah beroperasi di bangunan ini sebelum mereka berpindah ke bangunan masing-masing.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan diketuai oleh Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi sebagai Residen Bahagian Samarahan yang kelapan. Beliau mula berkhidmat pada 7 Julai 2013 setelah mengambil alih tugas daripada Tuan Haji Abang Shamshudin Abang Seruji.

Pegawai yang pertama dilantik sebagai Residen Bahagian Samarahan ialah Datuk Haji Bolhen Haji Nor yang berkhidmat mulai 1 September 1987 sehingga 24 September 1993 manakala Pengiran Haji Zain Pengiran Haji Salleh adalah merupakan Residen yang kedua memulakan tugasnya pada 25 September 1993 sehingga 30 Jun 1999. Sementara Datu Haji Sarudu bin Haji Hoklai ialah Residen yang ketiga berkhidmat di Bahagian Samarahan bermula dari 1 Julai 1999 sehingga 31 Disember 2002. Setelah itu Datu Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini pula mengambil alih tugas tersebut sehingga Jun 2009 sebagai Residen yang ke empat dan Puan Rodziah Haji Morshidi adalah Residen yang kelima yang telah memulakan tugas beliau mulai 2 Jun 2009 hingga 9 Januari 2012.Tuan Haji Ismail Haji Mohd. Hanis telah menyambung tugas sebagai Residen yang keenam mulai 9 Januari 2012 hingga 1 Julai 2013 sebelum menyerahkan kepada Tuan Haji Abang Shamshudin bin Abang Seruji pada 1 Julai 2013 sebagai Residen yang ketujuh yang hanya menyandang tugas tersebut selama seminggu sebelum menyerahkan semula tugas kepada penyandang yang baru Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi pada 7 Julai 2013.





   


Datuk Haji Bolhen Hj. Nor
Residen Pertama (1987 - 1993)


Pgn. Haji. Zain Pgn. Hj. Salleh
Residen Kedua (1993 - 1999)

Datu Haji Sarudu Hj. Hoklai
Residen Ketiga (1999 - 2002)

Datu Dr. Haji Sulaiman Hj. Husaini
Residen Keempat (2002 - 2009)
Puan Rodziah Hj. Morshidi
Residen
Kelima (2009 - 2012)
        
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohd Hanis
Residen Keenam (2012 - 2013)














Tuan Haji Abang Shamshudin Abang Seruji
(2013 - 2013)

Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi
(2013)



Residen adalah merupakan Ketua Pentadbiran Bahagian Samarahan dengan dibantu oleh 2 orang Timbalan Residen Pembangunan dan Sosial, Haji Jemalie b. Haji Busri bertanggungjawab sebagai ketua di Unit Pembangunan Bahagian Samarahan dan Encik Ahmad b. Abdul Razak mengetuai Unit Sosial. Sementara di peringkat daerah ianya diketuai oleh Pegawai Daerah sementara di peringkat Daerah Kecil diketuai oleh Pegawai Tadbir.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan mempunyai keanggotaan seramai 3 orang Pegawai Tadbir, 3 orang Penolong Pegawai Tadbir, 2 orang Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan), 1 Setiausaha Pejabat, 1 orang Pelukis Pelan (Kejuruteraan), 3 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian), 3 orang Pembantu Am Rendah, 2 orang Pemandu Kenderaan, 2 orang Jaga dan 2 orang Pekerja Rendah Awam.

Terdapat tiga buah daerah dalam bidangkuasa Pentadbiran Bahagian Samarahan, ianya terdiri dari Daerah Samarahan, Simunjan dan Asajaya yang ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dua buah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sebuyau dan Sadong Jaya di bawah tadbiran Pegawai Tadbir.












Abdul Khalid b. Manap
Pegawai Daerah Simunjan

Habari bin Bakar
Pegawai Daerah Asajaya

Mohd Ainnie Wahab
Pegawai Daerah Samarahan



Sumber: Pejabat Residen Samarahan.