Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 12 Dis 2017
Versi 8.0.3
 
Bantuan untuk Gawai Dayak
Tarikh : 23 May 2017  Sumber Berita: Utusan Sarawak, Selasa - 23 Mei 2017
 

KOTA SAMARAHAN: Golongan masyarakat Dayak yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Kota Samarahan menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai sempena Program Pautan Kasih P197 Kota Samrahan sempena Sambutan Gawai Dayak 2017 yang diadakan di Kampung Sebayor, di sini semalam.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban golongan yang memerlukan tatkala mereka meraiekan Gawai Dayak tidak lama lagi.

Menurutnya, bantuan dan sumbangan yang dihulurkan kepada mereka yang layak dilakukan secara berterusan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memberi bantuan dan sumbangan secara bermusim atau menjelang perayaan.

“Usaha membantu golongan yang memerlukan ini akan sentiasa kita beri perhatian setiap masa, bukan sahaja ketika musim perayaan Gawai, malah semasa Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina kita turut menghulurkan sumbangan dan bantuan, “katanya.

Pada majlis itu seramai 90 yang kurang berkemampuan menerima bantuan berupa keperluan harian seperti gula, susu, kopi, mee, biskut dan air berkabonat untuk menyambut perayaan Gawai.

Menjelas lanjut, Rubiah berkata, penyampaian bantuan itu juga bukan gimik pilihan raya hendak diadakan.

“Program yang kita adakan ini tidak ada kaitan pilihan raya sudah semakin dekat.

“Melalui program seumpama ini wakil rakyat boleh berjumpa dengan rakyat khasnya mereka yang memerlukan bantuan secara terus dan mengeratkan lagi silaturrahim.

Menurutnya lagi, masyarakat di Negara ini amat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana yang aman harmoni dengan adanya kerajaan yang cukup baik walaupun dihuni pelbagai kaum.

Hadir sama pada majlis Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Rais Ahmad.